S.S.D. Palermo

Palermo Società Sportiva Dilettantistica, dikenali sebagai Palermo Calcio atau secara ringkasnya Palermo, (Itali: [paˈlɛrmo]  ( listen); Templat:IPA-scn) merupakan sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Palermo, Sicily di Itali. Selepas dibentuk di bawah nama Anglo Palermitan Athletic and Football Club pada tahun 1900, kelab ini telah melalui beberapa perubahan nama sehingga tahun 1987. Palermo merupakan kelab paling terkenal dari pulau Sicily. Sepanjang sejarahnya, Palermo bermain kesemua divisyen profesional Itali dan beraksi beberapa musim di Serie A ketika era 1960an dan awal 1970an dan bergelar selaku naib juara Coppa Italia sebanyak tiga kali pada tempoh itu.Selepas Palermo kembali semula ke Serie A pada 2004, kelab ini mula menonjol dengan menghantar empat pemainnya ke pasukan kebangsaan Itali yang memenangi Piala Dunia 2006. Selain itu, Palermo juga memperoleh tempat di Piala UEFA pada tiga musim sebelum hampir terlepas kelayakan Liga Juara-Juara Eropah pada 2007 dan 2010 di samping tewas pada aksi final Coppa Italia pada 2011.Warna rasmi kelab ini ialah merah jambu dan hitam yang dianggap unik di bola sepak Eropah. Warna-warna unik ini memberi nama samaran rosanero kepada pasukan ini dan digelar aquile, merujuk kepada helang yang merupakan logo rasmi kelab dan juga jata bagi bandar Palermo.US Città di Palermo beraksi di gelanggang Stadio Renzo Barbera (dahulu dikenali sebagai La Favorita) sejak 2007 dan mampu memuatkan 36,349 orang. Stadium ini asalnya dibina pada 1932 tetapi dinaik taraf pada lewat 1980an sebagai persiapan Piala Dunia 1990 oleh kerana Itali menjadi tuan rumah pada masa itu.

S.S.D. Palermo

Diasaskan 1900; 120 tahun yang lalu (1900) (sebagai Anglo Palermitan Athletic and Football Club)
1987; 33 tahun yang lalu (1987) (US Città di Palermo)
Stadium Stadio Renzo Barbera,
Palermo, Itali
(Muatan: 36,349[1])
Tapak sesawang Laman kelab
Pengurus Bruno Tedino
Liga Serie B
Nama penuh Palermo Società Sportiva Dilettantistica
Presiden Maurizio Zamparini
2016-17 Serie A, ke-19 (tersingkir)
Gelaran Rosanero (Merah jambu-hitam),
Aquile (Sang Helang)